Pages

Friday, November 1, 2013

beranak vs gugur

14 October 2013

Adik perempuan saya, 7 tahun call masa tengah kerja.

lil sister: kakak, bila nak beranak?
me: haaa?? apa dia...??
lil sister: kakak bila nak beranak? ayah kata kakak nak beranak..
me: takde la..ayah tipu je tu...
lil sister: ayah kata kakak nak beranak khamis depan.
me: mana ada...(tak tau dah nak explain macam mana kat budak kecik ni)
lil brother: gugur..gugur..(dia bisik kat my sister)
lil sister: haaa..kakak bila nak gugur? khamis depan ke?
me: khamis lepas la.. (-_-")
lil sister: abis tu dah takde anak la ni?
me: ye takdee...

tak tau la nak sedih ke nak gelak diorang dok tanya macam ni. Layan je la..Hahaha.

Monday, October 14, 2013

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha buat anak mommy di syurga.

Rindunya kat kamu....


Redha dengan kepergian ini
Pengorbanan semoga Allah berikan yang lebih baik.
InsyaAllah
Salam Aidiladha semua.

Friday, October 11, 2013

Nyawa




.....................................................................

Saat degupan terhenti
Titisan darah mula mengalir
Semakin banyak tak tertahan
Sakitnya bukan lagi mimpi
Akhirnya gugur menyembah bumi
Tenanglah dikau di syurga yang abadi


......................................................................


Monday, October 7, 2013

Pergi II

30 September 2013

Spotting  |  Disebabkan weekend tu aku lupa diri pergi jalan2, now dah keluar spotting balik. Terus jumpa doctor kesayangan minta MC, klinik panel je. Takde buat ultrasound pun sebab doctor dah tau apa masalah aku kan. 


Dr Arifah: Awak nak buat ultrasound ke?  Tak payahlah kan, nanti awak fikir bukan2 pulak. Lagipun next week kan appointment (dgn gynea kat hospital)? 
Dia tanya, dia jawab sendiri..hehe. Terus dia bagi MC 3 hari.

Actually, once ada pendarahan semasa awal2 pregnant kita digalakkan bed rest. Jangan banyak bergerak sebab rahim maybe tak kuat lagi. Tapi petang tu ada hati plak nak masak2, masa pergi kedai beli bahan aku terbeli air kelapa yang dalam botol tu. Tengah cuaca panas memang sedap la minum. Aku taktau pun orang kata rupanya air kelapa tu 'tajam'.


1 October 2013


Bleeding  |  Tak ingat, sebelum atau selepas minum air kelapa tu darah dah mula keluar macam light period, tapi warna coklat cair. Tak sedap hati, terus aku pergi Klinik Pakar dengan my mum. Masa scan, Dr Nora cakap sac tu cantik lagi tapi dia tak nampak fetus echo. Scanner tu tah kenapa tak clear pula walaupun full bladder. Jenuh la duk tahan kencing, pastu perut ditekan2 dengan scanner tu. Kan ke seksa tu?? Haha..Dr Nora pesan, kalau darah keluar banyak lebih baik pergi hospital balik sebab diorang dah follow up dari awal.

Elok je keluar dari klinik nak pergi lunch husband call, bagitahu dia kena extend another 3 months. Tak dapat la transfer ke KL balik macam yang sepatutnya. Sedih sangat tau tak! terus takda selera nak makan, cover je depan my mum. Balik masuk bilik terus nangis. Bayangkan dalam keadaan kita macam ni, duk berjauhan dengan husband, lemahnya rasa. Bila pressure emo dengan husband. 

Tak tahu mana satu penyebab, stress atau air kelapa, darah pun bertambah2 le keluar.




2 October 2013


Cramping  |  Bila darah keluar walaupun tak penuh satu pad, perut dah start rasa cramping kat lower part. Terus pergi Hospital Serdang balik, masuk emergency. Dr Bija Zakaria, MO Gynea keluarkan muncung itik dia tu (taktau apatah nama benda tu) untuk check kat bawah, sakit gile kot! Rasa nak sepak doctor tu pun ada. Huhu. Dia buat camtu untuk tengok pintu rahim dah terbuka ke belum. Masa tu still tertutup lagi. Then check guna Transvaginal scan. Melekat la darah2 kat scanner tu. cakap bentuk sac dah tak cantik. Memang miscarriage. 


Masa kat hospital, macam takde perasaan je dengar news tu. Cakap kat my mum pun macam relax je. Call hubby yang dah tunggu dari awal, dia pun buat decision nak balik time tu juga. Berlari la dia ke airport beli tiket semua. Masa dia dah nak dekat sampai, masa tu la sebak tu rasa. Hati ni macam kosong dah.

Blood Clot  |  Darah makin lama makin banyak. Panty liner pun dah tak boleh nak tampung. Pakai pad pun bertukar2 sekali dengan pantiesnya. Sudahnya suruh my husband beli disposal panties terus. Blood clot pun keluar sekali. Masa ni memang perut sekejap2 rasa cramping tapi tahap boleh tahan lagi.


3 October 2013


Miscarriage  |  Dari tengah malam berulang-alik ke toilet. Darah mengalir tak henti-henti. Banyak duduk kat toilet je main air jirus2 darah yang mengalir. Ibu & hubby dah lena tidur kepenatan. Kita tercongok sorang2 dalam toilet, rasa pening pun ada sebab darah banyak keluar. Takda lagi air mata yang mengalir. Redha dan pasrah dengan ketentuanNya.


3.00 - 4.00am
Perut makin rasa tak selesa. Redha je kalau baby dalam perut ni nak keluar. Sakit yang tak tertahan. Dalam menahan sakit tu pun aku boleh tertidur. Then terjaga dari mimpi yang menyakitkan. Kejut hubby pun dia boleh tertidur sambil urut aku. Aku tau masanya hampir tiba.....

5.30am
Aku bangun lagi ke toilet sebab rasa tak selesa. Bila kita berdiri darah lagi senang keluar. Keluar lagi ketulan2 darah. Toilet pun dah bau hanyir dengan darah tu. Masa nak bersihkan lantai ternampak kantung lebih kurang saiz ibu jari. Saat jasadnya keluar dari rahim ini, pasti rohnya dah sampai ke syurga. Terus kejutkan ibu dan hubby nak tunjukkan benda ni. 

Sayang..


Allah dah tentukan setakat ini je mommy boleh jaga kamu. Mommy takkan lupakan kamu, sayang tetap akan jadi anak mommy yang pertama sampai bila2. Yang pasti bila ada adik2 nanti, dia perlu tahu kewujudan kamu. Maafkan salah silap mommy dan daddy selama mana kami diberi peluang menjaga kamu. Doakan agar kita ditemukan di syurga.

4 October 2013


Pergi  |  Pagi2 lagi dah bangun nak siap hantar hubby ke LCCT. I thought i was strong enough to face the reality alone. Tapi bila nak hantar hubby terus rasa sebak. Sebelum pergi aku suruh hubby tanamkan kantung baby kami. Nak melangkah keluar tanam dia, terus air mata mengalir. Ya Allah, tabahkanlah hatiku mengharungi ujian ini.

Allah takkan uji kita jika Dia tahu kita tak mampu laluinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Semoga kesabaran ini dibalas dengan nikmat di syurga.
Al Fatihah untuk anak mommy di syurga.

Sunday, October 6, 2013

Pergi

16 August 2013

DIARRHEA  |  Sebelum balik ke rumah sewa hubby, bawa adik2 mandi sungai. Tapi bahagian bawah, sebab air cetekkan. Dah namanya bawa budak2. Masa tu hati terdetik air bahagian bawah ni mesti kotor mengalir dari air orang mandi bahagian atas.

Lepas lunch kat rumah ayah, me and husband balik ke KB, dia sebuk ajak round jalan2 kat mall. Badan ni terasa lemah, nak jalan pun takda mood. Sempat la beli pregnancy test sebelum balik. Petang tu dah start diarrhea. Sampai la tengah malam. Memang tak lena tidur, kesian hubby berjaga malam nak jaga wifey dia. Siap muntah sekali. Ada kemungkinan, infection dari mandi air sungai tu.


17 August 2013
  

POSITIVE  |  Pagi ni rasa excited sangat nak buat UPT. Instinct ni kuat sangat rasa yang result dia positive. Nahh..!! Kan betul result dia positive. Bila tunjuk kat husband dia blur2 plak tengok. Dah explained how it's functioning baru la dia faham dan terus hug. (^_^).






18 August 2013

PERIOD  |  Petang dah kena fly back ke KL. Balik seorang kan, terpaksa la angkat luggage masuk flight. Kalau ikutkan, awal2 pregnancy ni kita tak digalakkan angkat benda berat. Unfortunately, I have no option. Sampai je rumah malam, tengok2 period la pula. Frust betul! Baru la berangan nak jadi mommy.


19 August 2013

BLEEDING  |  Tergerak nak gi jumpa Dr Arifah kat klinik panel sebab still diarrhea sikit2. Sambil explain kat doctor saja la cerita buat UPT positive, tapi period pula. Terus doctor minta buat UPT lagi sekali. Memang positive pun, scan ultrasound pun nampak sac. Jadi, darah yang keluar tu bukanlah darah period, tapi bleeding. Doctor buat referral letter ke Hospital Serdang.

Sampai je Hospital Serdang, aku terus pergi ke Accident & Emergency Department (A&E). MA terus hantar aku ke zon kuning - semi kritikal. House Officer (HO) yang bertugas scan tapi tak nampak clear. Cuma nampak sac. Masa tu diorang cakap baru 4 minggu 4 hari. Then, diorang refer ke Medical Officer (MO) O&G. MO gynea ni classified kan case ni as "Threatened Miscarriage" dan minta buat check up 2 minggu lagi.

Aku tanya doctor äda harapan tak? Doctor kata 50-50, kena tengok ada growing ke tak. Rasanya semua yang lalui benda ni mesti berharap miracle terjadi. Being denial. Betul tak?

Threatened Miscarriage - biasanya berlaku pada First Trimester, berlaku pendarahan dengan/tanpa abdominal pain. Still consider pregnant, tapi berisiko untuk gugur. Ada yang salah faham bila sebut word ni orang ingat dah gugur terus. So jangan panik kay!

O&G - (Obstetrics and gynaecology department)

LMP :            14 July 2013
Gestatation :  4 weeks 4 days
EDD :            19 April 2014


Klik sini untuk kira EDD >>> Obstetric Calculator



26 August 2013


Hati tak putus2 doa harapkan miracle terjadi. Alhamdulillah, doctor nampak heartbeat baby. Masa ni still spotting lagi sikit. Boleh katakan setiap hari sekali, tapi setompok kecil saja darah tu. Pendarahan 1st trimester memang agak risky, walaupun sikit, so kenalah buat follow up lagi. Doctor tak buka buku pink lagi sebab dia belum cukup confident yang kandungan ni betul2 selamat.


11 September 2013

Masa nak buat check up confident je baby takde masalah. Tapi bila Dr Siti Sarah check ultrasound dia tak nampak heartbeat. Guna ultrasound scanner ni memang kadang2 berlaku operational error. Doctor mungkin salah tengok, tambah pula baby masih kecil lagi, memang tak jelas dalam ultrasound. Nak sedapkan hati, anggap je doctor ni mungkin salah tengok. Susah nak terima cakap doctor, aku harap sangat yang ni Cuma operational error. Selagi baby ni ada dalam perut aku, selagi tu aku takkan berhenti berharap. Macam biasa aku tetap tanya soalan yang sama, ada harapan tak? Doctor cakap yang pasti dia tak nampak heartbeat, tapi boleh try tunggu lagi sebab kadang2 doctor pun buat silap.

Dr Sarah bagi ubat Duphaston untuk kuatkan rahim. Dia ingat check up sebelum ni Dr yang check tu ada bagi. Sabar jela..patutnya aku kena makan dari awal lagi. Tapi takde pun dr sebelum ni cakap apa2 pasal ubat. Geram betul.

Sehari dua lepas makan ubat memang spotting stop terus. Lega sangat2. Nampak macam petanda baik.


15 September 2013

Husband minta tolong kawan2 dia buat ultrasound kat aku. Dia taknak buat sendiri sebab takut bias. 2 orang kawan dia check, diorang tak nampak heartbeat, tapi dah nampak fetal echo dan yolk sac.

Lepas tu dia minta MO dia tolong buatkan, Alhamdulillah dengar heartbeat. Tapi aku tak dapat tengok screen monitor tu. Hubby dengan MO dia je tengok. Hmm..takpe lah yang penting ada harapan.


25 September 2013

Pergi check up lagi kat Hospital Serdang, kali ni doctor lain. Masa Dr Sivabavani Sadaswam scan kat perut aku ternampak heartbeat macam first time tengok dulu. Ingatkan Dr nampak, aku diam je la dulu. Pastu bila dia gerakkan balik scanner tu terus tak nampak dah. Then dia nak guna transvaginal scan dari bawah. Aku cakap la yang aku ternampak tadi masa scan tadi, tapi dia buat tatau plak. Scan dari bawah, godek2 tak nampak macam dia nak, dia boleh pergi panggil doctor lain TANPA KELUARKAN TRANSVAGINAL SCAN tu! Sakit hati betul, aku mana boleh gerak2 nak keluarkan, so dengar je la dia sembang2 kat luar tanya doctor lain. Bila doctor lain tu masuk aku explain la apa aku nampak tadi, tiba2 Dr Sivabavani tu tak puas hati cakap yang aku nampak tu pasal scan tengok bergerak2. Eh hello, aku pun faham la macam mana benda tu berfungsi. Dah sah2 yang aku nampak tu masa scanner tu dalam keadaan statik. Kerek plak doctor ni, kalau tak puas hati check je la balik. Yang Dr baru datang tu cakap dia nampak yolk sac & Fetus Echo, should be ok la. Then bagi masa lagi 2 minggu.

Sebabkan aku tak puas hati dengan Dr Sivabavani ni, the same day aku terus pergi Klinik Pakar Ibu dan Anak, Bangi, kawan baik aku yang recommend. Baru tau beza doctor pakar kat private dengan doctor kat hospital kerajaan. Dr Nora explain details gilee..setiap apa yang ada dalam screen tu dia terangkan. Yang mana bladder, usus, sac, yolk sac, fetal echo..almost everything! Sampai aku yang banyak tanya ni pun tak sempat tanya. Semua dia dah cerita. Tapi sebabkan bladder tak full, so dia cakap susah sikit nak tengok heartbeat. Jenuh aku tahan kencing tauu!! Haha Klinik tu charge RM145. Dapat la bawa balik gambar ultrasound tu sekeping. Walaupun bayar mahal, rasa berbaloi dengan setiap yang doctor tu explain kat aku. Siap dapat free sample susu Anmum Materna, original & mango flavour. Serious sedapp!!

(..to be continue)